Buat Blog

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Okay. Blogger. Tempat di mana yang aku rasa takda siapa pun yang akan baca uhukkk! "MUNGKIN LAA". Dan ada yang nak baca pun sebab nak tau serba sedikit tentang aku? Blubb blubb (masuk air) Ok, Aliah dah perasan. Dalam blog ni, alaa just nak bagi pendapat & pandangan sendiri je. Kalau rajin penuh laa tercatat... Set in your mind. Blog ni santai-santai je. Dari hati, sebab aku ni pun macam budak-budak lagi haha. Apa pun, blog ni saja-saja je buat. Yelah mengisi masa lapang. Start berblog pun dari sekolah dulu. Masa Form 3 belajar la buat-buat blog ni. HTML segala bonda nenda bagai. Blog-blog lama tu kebanyakkan dah di-delete. Ni la tinggal satu. Link ni blog baru wahahaha. Aku post dulu pun alaa apa-apa berkenaan sekolah, kawan ke apa-apa. Aku rasa selesa meluah sendiri dekat sini (blog). This is meh. Lepas sekolah dah tak amik port dah dengan blog hahaha cik aliah dah busy laa. Yela kot. Belajar dunia luar sikit. Kerja part time kejap, pastu masuk teruih matrik. Hadap realiti. Ughh okay je hadap dunia luar ni sebenarnya. Tapi ada sesetengah manusia yang aku rasa tak boleh go tu macam-macam lah kerenahnya. Alah, pernah alami situasi yang sama kan? Lumrah lah tu. Betul lah tu. Manusia ni macam-macam ragam. Tapi, tapi dan tapi aku tak cakap pun yang aku ni baik ehh. Jauh nak dibandingkan dengan korang yang lagi baik daripada aku. Banyak juga buat silap, tak terlepas juga sebenarnya. Cuma, yang baik tu laa kita ambil, yang tak baik tu ketepikan. Kita jaga Allah, Allah jaga kita. SIMPLE MATTER mehh... Tak gitu? Manusia, kita jaga hati dia, belum tentu dia jaga hati kita, Eh! Hahah Okk... As I said, Manusia pelbagai ragam yang kita akan jumpa dan dah jumpa pun right. Yaa datang dan pergi. Tak kekal. Kita buat baik sudah. Orang nak buat jahat dengan kita, kita serah pada Allah yang sebaik-baik penghukum. Cause in dunya we're just "HambaNya" totally "HambaNya". Follow the flow. Jadi, ikut perintah Allah, jauhi semua laranganNya. Percayalah, hidup kita akan bahagia. Ada sahabat lagi cunnn! Kalau boleh carilah sahabat. Bukan kalau boleh lah, mesti cari. Yang boleh perhati kita, tegur kita bila kita ada buat silap. Yang mengingatkan kita tentang akhirat.

Okay topic kita pasal buat blog kan?
Takpa lah cik aliah tazkirah sikit hoho

Okay kita sambung...

Link blog ni kali ke berapa dah tukar, aku pun tak tahu. Last-last ada kait dengan "thecactus__" sebab cactus tu comel, berduri, sebab aku suka la tengok. 💘 Macam-macam kan boleh kaitkan cactus. Cuba kaitkan cactus dengan seorang wanita. Ehehh ehehhh ehehhhh alaa macam biasa kita dengar cactus tu berduri. Takda siapa pun boleh pegang. Jaga dia pun tak rumit nak kena siram hari-hari. Dia ada kelebihan tersendiri laa en. Tu lah sebahagian penceritaan termaktubnya nama "thecactus__" tu. Pasni, tak tau la kalau aku tukar lagi ke tak nama blog ni. Ni yang last kot. InshaaAllah. Dalam blog ni ada jugak letak lagu. 4 lagu, automaticly main kalau line kau okay best la dengar. Kalau slow, minta maap ler. Tapi, kalau baca blog ni kat mobile memang tak dapat kedengau (anak melaka) kekeke...

Wassalam

*Boleh komen dibawah, apa-apa sahaja*

No comments:

Post a Comment