Kawan seFikrah



Boleh katakan "thecactus__" ni diketegorikan sebagai memilih kawan lah kot. Tapi aku tak memilih. Acanetuu? Bila kau jadi diri kau, even di donia dikelilingi orang yang tak sefikrah dengan kau, kau sorang-sorang pun takpa, tak kisah. Pulak? haha Okay. Dia macam ni, tengok lah dengan siapa kita "berkawan" tu. Adakah jenis yang mendekatkan diri kita pada Allah? atau Adakah jenis yang kuat mencarut, mengata, menghukum, mengumpat, riak, ujub, takbur, syiah dsb. Eh okk, Astagfirullah. Biaq pi depa lah orang nak kata aku jenis islamik-islamik kaa apa kaa. Nak stay, stay. Taknak stay aku faham aku banyak yang kurang. Yang penting hijrah tu sebuah pengalaman yang terlalu manis bagi aku. :') Jenis aku, memilih kawan pun ya. Tapi aku tak kisah pun sesiapa nak dekat atau nak kenal dengan aku. Terbuka juga laa. Orang baik dengan kita, kita baik la dengan orang. Orang buat jahat dengan kita, jangan balaih balik. Kita jahat juga laa kiranya tu. Fikrah ni pemikiran, yang mana, yang aku faham pemikiran berkenaan terus pada masa depan (di akhirat) 💕 Takdalaa sampai aku nak berkawan dengan orang yang berpurdah niqab je, nak berkawan dengan orang-orang yang bertudung labuh je. Sebab diorang baik-baik. Ehhhh takdanya,,, dan tak semestinya. Azam dekat diri sendiri, buat apa yang Allah perintahkan, yang tulah yang kita kena ikut. Aku terima jaa siapa-siapa inshaaAllah. Nak jauh dengan aku pun takpa, aku pun terima. And the best thing is... kadang-kadang bila orang nak rapat dengan kau dan dia cakap "Saya harap, bila saya kawan dengan awak saya dapat berubah ke arah yang lebih baik, awak bantu saya boleh?" See... dalam masa yang sama kita boleh sama-sama buat kebaikan. Kita sama-sama mencari redha Allah. Tak rugi pun awak. Allah tambah sayang bila hambaNya berusaha nak capai cinta Dia.

Okay, bab memilih kawan ni penting!!! (Amik kau 3 seru) haha Sebab apa? dari berkawan juga yang akan mencorakkan diri kita. Dari berkawan juga yang akan bawa kita pada jalan yang baik mahupun buruk. So, nak tengok perangai kita sebenar yang macam mana, tengok dengan siapa kita paling rapat berkawan. Dan itu lah kita. Especially hang yang umuq-umuq remaja kaa nak ke alam dewasa kaa kena banyak hati-hati. Macam tu laa... Baik ke buruk kawan tu, itulah kita. Yang penting, aim kita hari-hari "Harini mesti lebih baik dari semalam + Istiqamah" 😄 Tambah kenalan tak salah, tapi kalau bila kita berkawan dengan seseorang tu bertambah rendah keimanan awak, baik awak selamatkan diri awak dulu. Okay. #notetoself


Petikan kata-kata As-Syaheed Hassan Al Banna

"Islam adalah menyeluruh (syumul) dan mencakup semua bidang hidup (mutakaamil); Islam adalah negara dan watan (tanahair) atau pemerintah dan ummat. Islam juga adalah akhlak dan kekuatan Atau rahmat dan keadilan. Islam juga adalah peradaban (tsaqafah) dan perundangan atau ilmu pengetahuan dan kehakiman. Islam juga bermaksud material dan hartabenda atau usaha dan kekayaan. Islam adalah Jihad dan dakwah atau tentera dan FIKRAH(pemikiran)Akhir sekali Islam adalah akidah yang benar dan ibadah yang sah. " - Hassan Albanna


Buat Blog

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Okay. Blogger. Tempat di mana yang aku rasa takda siapa pun yang akan baca uhukkk! "MUNGKIN LAA". Dan ada yang nak baca pun sebab nak tau serba sedikit tentang aku? Blubb blubb (masuk air) Ok, Aliah dah perasan. Dalam blog ni, alaa just nak bagi pendapat & pandangan sendiri je. Kalau rajin penuh laa tercatat... Set in your mind. Blog ni santai-santai je. Dari hati, sebab aku ni pun macam budak-budak lagi haha. Apa pun, blog ni saja-saja je buat. Yelah mengisi masa lapang. Start berblog pun dari sekolah dulu. Masa Form 3 belajar la buat-buat blog ni. HTML segala bonda nenda bagai. Blog-blog lama tu kebanyakkan dah di-delete. Ni la tinggal satu. Link ni blog baru wahahaha. Aku post dulu pun alaa apa-apa berkenaan sekolah, kawan ke apa-apa. Aku rasa selesa meluah sendiri dekat sini (blog). This is meh. Lepas sekolah dah tak amik port dah dengan blog hahaha cik aliah dah busy laa. Yela kot. Belajar dunia luar sikit. Kerja part time kejap, pastu masuk teruih matrik. Hadap realiti. Ughh okay je hadap dunia luar ni sebenarnya. Tapi ada sesetengah manusia yang aku rasa tak boleh go tu macam-macam lah kerenahnya. Alah, pernah alami situasi yang sama kan? Lumrah lah tu. Betul lah tu. Manusia ni macam-macam ragam. Tapi, tapi dan tapi aku tak cakap pun yang aku ni baik ehh. Jauh nak dibandingkan dengan korang yang lagi baik daripada aku. Banyak juga buat silap, tak terlepas juga sebenarnya. Cuma, yang baik tu laa kita ambil, yang tak baik tu ketepikan. Kita jaga Allah, Allah jaga kita. SIMPLE MATTER mehh... Tak gitu? Manusia, kita jaga hati dia, belum tentu dia jaga hati kita, Eh! Hahah Okk... As I said, Manusia pelbagai ragam yang kita akan jumpa dan dah jumpa pun right. Yaa datang dan pergi. Tak kekal. Kita buat baik sudah. Orang nak buat jahat dengan kita, kita serah pada Allah yang sebaik-baik penghukum. Cause in dunya we're just "HambaNya" totally "HambaNya". Follow the flow. Jadi, ikut perintah Allah, jauhi semua laranganNya. Percayalah, hidup kita akan bahagia. Ada sahabat lagi cunnn! Kalau boleh carilah sahabat. Bukan kalau boleh lah, mesti cari. Yang boleh perhati kita, tegur kita bila kita ada buat silap. Yang mengingatkan kita tentang akhirat.

Okay topic kita pasal buat blog kan?
Takpa lah cik aliah tazkirah sikit hoho

Okay kita sambung...

Link blog ni kali ke berapa dah tukar, aku pun tak tahu. Last-last ada kait dengan "thecactus__" sebab cactus tu comel, berduri, sebab aku suka la tengok. 💘 Macam-macam kan boleh kaitkan cactus. Cuba kaitkan cactus dengan seorang wanita. Ehehh ehehhh ehehhhh alaa macam biasa kita dengar cactus tu berduri. Takda siapa pun boleh pegang. Jaga dia pun tak rumit nak kena siram hari-hari. Dia ada kelebihan tersendiri laa en. Tu lah sebahagian penceritaan termaktubnya nama "thecactus__" tu. Pasni, tak tau la kalau aku tukar lagi ke tak nama blog ni. Ni yang last kot. InshaaAllah. Dalam blog ni ada jugak letak lagu. 4 lagu, automaticly main kalau line kau okay best la dengar. Kalau slow, minta maap ler. Tapi, kalau baca blog ni kat mobile memang tak dapat kedengau (anak melaka) kekeke...

Wassalam

*Boleh komen dibawah, apa-apa sahaja*